Tuesday, March 1, 2011

Relevenkah Couple!!!


Post yang ini adalah tulisan yang paling lama membeku dalam laptop saya. Sikit-sikit saya taip sbb idea untuk menulis saya bergantung pada mood sebenarnya. Xde mood xde la idea. Isu ini membuatkan saya menulis ketika kawan-kawan berkongsi cerita masalah ngan pasangan masing-masing.  Yang menjadi kelakarnya citer-citer diorang mcm da kawin. Kadang-kadang asbab masalah nih seolah-olah boleh hilang dunia seisinya. Saya akui untuk memiliki pasangan merupakan impian semua individu lagi-lagi ketika di peringkat remaja. Salah satu punca kerosakan akhlak lelaki mahupun perempuan adalah disebabkan couple.  Persoalanya relevenkah couple wahai saudara dan saudari sekalian???

Kalau saudara saudari menaip “couple” pada penterjemah Google akan keluar perkataan dalam bahasa Melayunya “sepasang”. Kemudian di dalam kelompok sosial remaja pula, perkataan tersebut diringkaskan menjadi “kapel”.  Inilah status sosial yang diberikan kepada lelaki dan perempuan yang apabila mempunyai pasangan mereka pada usia remaja. Trend bercouple ini juga berkembang di dalam masyarakat sehinggakan media menjadi salah satu cabang yang berkesan dalam menggalakkan budaya couple ini di kalangan masyarakat. Artis pula yang merupakan ikon yang sangat hampir kepada jiwa remaja pula digembar-gemburkan dengan hubungan cinta mereka menerusi media di kaca television dan akhbar-akhbar. Secara tidak langsung, budaya couple ini menjadi perkara biasa dalam masyarakat sedangkan salah satu faktor kerosakan akidah Islam, calarnya maruah wanita, ketandusan lelaki berakhlak dan sebagainya adalah berpunca daripada budaya couple. Saya percaya kebanyakkan daripada mereka ini tahu bahawa hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dengan bebas adalah sangat tidak digalakkan dalam Islam. Kenapa mereka masih memilih untuk melakukanya???
   
Sudah tentu jawapan mudah yang mendorong mereka untuk berkapel atau memiliki pasangan adalah disebabkan kehendak dan nafsu. Tetapi dari sudut apakah,  perubahan nafsu itu kepada realiti supaya gejala ini menjadi pilihan. Berdasarkan pandangan saya ialah budaya Hedonisme iaitu suatu doktrin yang menekankan keseronokan adalah kemuncak kepada kebaikan. Pada hari ini manifesti budaya ini wujud dalam bentuk pergaulan bebas, seks bebas, hiburan melampau dan yang seumpamanya. Siapa yang tidak seronok apabila mereka dibelai, berkasih sayang, bermanja-manja dan sebagainya. Lumrah manusia gembira adalah penghapus kesedihan dan kesuraman. Gembira juga menunjukkan kepuasan dan kebahagian. Tetapi ramai yang lupa kegembiraan punca kita leka, lupa, cuai dan sebagainya.

Kemudian perasaan cinta mula dibawa di dalam “couple”  maka seronoklah  lelaki dan wanita yang berkapel atas nama cinta. Tetapi berapa ramai yang tidak mengambil pengajaran terutama bagi gadis-gadis muda yang dirosakkan atas nama cinta yang palsu oleh lelaki kononya memahami cinta sejati. Malah gadis-gadis yang telah dirosakkan membenarkan diri mereka hanyut dengan menggunakan pelbagai alasan atas nama cinta, atas perubahan zaman dan sebagainya. Asbab cintakan kekasih yang kononya cinta sejati kita tinggalkan perintah Allah seperti solat fardhu, solat jumaat, taat pada ibu bapa dan banyak lagi perintah-perintah yang lain. Sejauh manakah cinta hubungan “ couple ”  dan cinta sejati sebegini dapat membawa kebahagiaan dunia dan akhirat.
  
Ingin saya kongsi kata-kata daripada dalam sebuah ceramah daripada seorang kaunselor yang menguruskan masalah rumah tangga.

“ Saya telah mendengar dan menyelesaikan pelbagai masalah rumah tangga yang melibatkan penceraian, kecurangan, pertelingkahan dan sebagainya. Setelah saya memperhalusi semua masalah tersebut, saya mendapati terdapat satu persamaan ke atas semua masalah-masalah dalam rumah tangga. Kebanyakkan berlaku masalah adalah disebabkan dosa-dosa mereka terhadap Allah swt. Meninggalkan solat, derhaka pada kedua ibu bapa, memakan harta yang haram dan sebagainya ”

            Bercouple banyak mendatangkan perkara yang buruk daripada yang baik. Ramai tidak nampak keburukanya kerana telah ditutup keseronokan dalam bercouple. Memang seronok bercinta sehingga ada yang lupa perkara lain yang lebih penting. Ada juga yang bimbang dan memikirkan tentang pasangan  mereka baik ataupun buruk. Pada saya untuk mendapat yang pasangan baik bermula dengan diri kita.

“ Hendak yang beragama kita perlu bermula dengan diri kita dengan mendalami agama. Hendak yang sayang pada kita hendaklah bermula dengan diri kita dengan menyayangi kedua ibu bapa kita. Hendak yang boleh menjaga makan minum kita dengan baik bermula dengan diri kita dengan tidak menyusahkan kedua ibubapa kita. Sama ada lelaki atau perempuan mulalah dengan diri kita bukan orang lain.”

       Jiwa muda sememangnya bergelojak untuk memiliki pasangan tetapi ingatlah sentiasa berdoa kepada Allah swt mohon keampunan sentiasa. Sesungguhnya manusia sungguh sukar untuk lari daripada dosa. Mudahan tulisan ini menjadikan ingatan dan tauladan kepada diri saya sendiri yang juga serba kekurangan. Marilah berdoa kepada Allah mudahan dosa-dosa kita diampunkan Allah swt.