Monday, May 28, 2012

Orang yang mendapat doa malaikat....

        Tuan-tuan dan sahabat sekalian.... untuk memperbaiki tingkahlaku kita untuk sentiasa melakukan kebaikan, kita juga perlulah juga cenderung untuk melakukan perkara yang boleh memberikan manfaat kepada kita. Cube kita lihat pada perbuatan tingkahlaku 11 org yang mendapat doa para malaikat ini. Adakah kita berusaha untuk berada dalam 11 keadaan ini dalam usaha kita hendak memperbaiki diri kita, mengurus tingkah laku kita, mengubat kekecewaan hati, mencari ketenangan, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Salah satu kaedah dan cara untuk menghadapi masalah-masalah dunia ini kita perlu berada dalam keadaan dan suasana yang Allah suka. Dan apabila Allah suka maka Allah akan membantu dan membuka jalan untuk kita. 

11 orang yang mendapat doa malaikat ini merupakan amalan yang baik untuk kita ikuti dalam kehidupan seharian.Semua 11tperbuatan ini merupakan amalan mudah yang memberikan kesan besar dalam kehidupan kita apabila kita mengamalkan dengan istiqamah.  Mudahan-mudahan kita mendapat petunjuk dari Allah dengan mengamalkannya.


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.


Thursday, May 10, 2012

Satu Pengembaraan...

Anda dikelompok mana???? ..:-)


Terdapat sekumpulan pengembara yang sedang meneroka dan mengembara hutan di Afrika. Kumpulan ini dalam perjalanan hendak tiba di suatu destinasi yang ditujui dan misi untuk dicapai. Dalam perjalaman sekumpulan pengembara ini bersama-sama dengan ketua mereka telah  telah sesat.

Mereka cuba untuk mencari satu jalan keluar namun begitu tiada denai, tiada penanda pada pokok malahan mereka semakin lama semakin sesat. Akhirnya kumpulan pengembara ini berpecah kepada 3 kumpulan 

1. kumpulan yang hendak berpatah balik
2. kumpulan yang berada ditengah menunggu samada berpatah balik atau teruskan pengembaraan
3. Kumpulan yang hendak meneruskan juga pengembaraan itu.

Oleh itu, sekiranya anda berada di dalam situasi mereka. Kelompok manakah anda pilih??? Dan jika anda adalah pemimpin dalam kumpulan pengembaraan ini. Apakaah keputusan anda??? :-)

Sekiranya anda telah memilih.. mudahan boleh berikan huraian dan sedikit perkongsian.. Terima Kasih... 

Sunday, May 6, 2012

RM100.....

Kebetulan sedang layan FB saya terbaca satu artikel yang saya rasa bermakna untuk dikongsikan. Diharapkan artikel ini dapat memberikan kekuatan bagi mereka yang pernah jatuh, kecewa, dihina, melakukan kesilapan dan sebagainya. Selamat membaca... 



Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara
yang unik.

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

"Siapa yang nak duit ini?".

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

"Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya
perkenankanlah saya buat ni dulu."

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya
sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

"Siapa yang masih mahu duit ini?"
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

"Baiklah," jawabnya,

"Apa jadinya bila saya melakukan ini?"

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn
kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat
renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?".
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting.
Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang
saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan
dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa
kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan
kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di
mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang
tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus
berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya
iman dan takwa yang membezakan kita.


Nak amik 100 ingit..huhu....





Wednesday, May 2, 2012

Kuda Putih......

Kau sentiasa gagahkan diri utk membawa aku ke mana-mana sahaja.. Kau bantu aku disaat aku memerlukan walaupun kau tidak segagah yang lain... Kau bantuku membawa khemah, kau bantu aku membawa padding ragbi, kau temani aku ketika aku keseorangan pulang ke rumah, kau sentiasa ada bila aku perlukan... 

Kau juga menjadikan saksi tentang segala pahit, manis dan jatuh kehidupanku di institut. Kadang-kadang hanya kau dan aku sahaja di tempat biasa aku da kau selalu bersama. Tempat dimana aku dan kau mencari ketenangan bersama. Kau sentiasa sabar dengan sikap aku yang kadang-kadang kasar dengan kau.... Maafkan aku... setiap kali aku bersama kau.. aku sentiasa percaya dengan kemampuan dan kekuatan kau.. walaupun pada fizikalnya kau tidak segagah ketika dahulu...

Kini aku dan kau akan berpisah... Sejujurnya kaulah sahabat jika kau manusia yang boleh berkata-kata. Kaulah pendengar mungkin ketika aku bermonolog sendirian. Kau juga pemerhati dan peneman setia ketika aku dilanda masalah.. Kau juga yang akan membantu aku disaat aku memerlukan.... Jasa kau padaku tersangatlah banyak... Selamat Tinggal Sahabatku dan Teman setiaku... :-).... 


Inilah temanku yang setia..... :-)... Honda Civic Hatchback 1987


Tuesday, May 1, 2012

Hipokrit...


Ramai orang kononnya tidak mahu hipokrit. Ramai kata “ xpela aku begini tp x hipokrit”. Tuan-tuan, sahabat-sahabat sekalian, adakah benar kita ini tidak hipokrit????  Marilah kita cermin diri kita dan bermuhasabah sedalam-dalamnya. Sebenar-benarnya kita setiap hari bersikap hipokrit.

Kita mengatakan bahawa saya adalah umat Islam. Tetapi pernahkah kita mempamerkan akhlak yang seperti yang dituntut oleh Rasulullah SAW. Pernahkah cuba  memahami amalan berlemah lembut yang diajarkan oleh Rasulullah pada kita. Bagaimana pula dengan pakaian kita??? Perilaku kita dan sebagainya???  Apakah jawapan  yang kita ingin berikan kepada Rasulullah jika beliau melihat umatnya berpakaian lengging sebagai contohnya.. apakah jawapan kita pada ketika itu.. sy tidak mahu hipokrit juga kah????

Kita mengatakan kita beriman pada Allah  SWT. Dimana Allah ketika kita bersama kekasih??? Di mana Allah ketika kita bergayut??? Dimana Allah ketika kita bermain??? Dimana Allah ketika kita membeli belah??? Dimana Allah ketika kita melepak???  Apakah ini masih tidak hipokrit????.....

Kita ungkapkan pada semua org dan kita taip di FB bahawa kita sayangkan nabi Muhammad SAW.  Soalnya berapa kali kita berselawat pada baginda…. Apakah kita mengamalkan sunnahnya dlm kehidupan kita atau kita meringankan sunnahnya??? Adakah kita mengajarkan kepada anak-anak kita tentang  nabi kita atau kita sendri tidak ambil tahu tentang latar belakang  nabi kita??? Pernahkah kita terfikir pada yang berlaku pada keturunan nabi kita???

Kita katakana yang kita percayakan Al Quran. Berapa kali kita membacanya sehari???  Adakah kita cuba untuk belajar membaca dengan betul ??? Adakah kita amalkan segala yang terkandung di dalamnya??

Masihkah kita mahu katakan saya jujur tidak mahu hipokrit………

Kita sebenarnya sudahpun biasa  bersikap hipokrit malahan setiap hari. Kita hipokrit pada Allah SWT. Tidak perlukan kita menuding jari pada org lain mengatakan mereka hipokrit. Lihatlah ke dalam diri kita sendiri tuan-tuan dan sahabat-sahabat sekalian. Marilah kita memperbaiki amalan kita, ibadah kita, perilaku kita. Insyallah…..