Tuesday, February 1, 2011

Takdir + Ujian = Redha....

Aku terfikir sejenak, merenung, mentelaah, dan bermuhasabah diri…. Setiap hari aku mendengar orang mengeluh, menhadapi masalah, menyelesaikan masalah, dan sebagainya. Kehidupan kita tidak dapat lari daripada masalah. Apabila saya mendengar manusia meluahkan masalah, mengeluhkan masalah sehinggakan saya yang mendengar turut mejadi resah, gelisah seolah-olah masalah saya turut menghadapi masalah yang sama. Oleh yang demikian, kehidupan manusia akan menjadi malap dan sepi apabila setiap hari kita sentiasa memikirkan masalah yang kita bakal hadapi. Apa yang berlaku disekeliling kita adalah takdir Allah swt dan saya sendiri tidak boleh lari daripada takdir dan dugaan Allah S.W.T…

            Namun terdapat pelbagai jenis dugaan dan masalah Allah S.W.T berikan kepada kita untuk  berfikir, bermuhasabah, membuat perubahan, pengajaran dalam erti kata lain terdapat hikmah-hikmah tertentu agar manusia dapat memahami erti dan tujuan kehidupan yang sebenar di bumi Allah SWT. Pelbagai dugaan dan masalah diberikan pada manusia, ade yang kecil dan remeh tapi manusia menilai masalah tersebut umpama dunia sudah hilang, ada yang besar dan mencabar tapi manusia dapat hadapi dengan sistematik berlandaskan petunjuk daripada Allah SWT.

Tetapi sebesar mana pun dugaan dan masalah Allah SWT berikan kepada kita mustahil kita dapat menyamai dugaan yang Allh SWT berikan kepada para NABI, Para RASUL, Para ULAMA dan pada mereka-mereka yang sentiasa menegakan panji-panji ISLAM dan menyebarkan agama Allah SWT. Dugaan mereka lebih berat sehingga nyawa jadi taruhan sebagai contoh Nabi Muhammad SAW ketika menyebarkan ajaran Islam di zaman Jahiliyah Arab Quraisy. Pelbagai dugaan, halangan, masalah dan nyawa nabi kita juga turut menjadi taruhan tetapi nabi tetap dapat menghadapi dengan tenang sambil boleh tersenyum dan menikmati kehidupan di bumi Allah SWT ini dengan lebih baik berbanding mereka yang menerima dugaan yang kecil tetapi disangkakan besar disebabkan lemah IMAN dan KEYAKINAN TERHADAP Allah SWT. 
           
            Sesuatu dugaan dan masalah yang kita  tempuhi boleh menjadi mudah dan dapat kita hadapi dengan hati yang tenang apabila kita dapat meletakkan Allah SWT sebagai perkara yang utama dalam kehidupan kita. Apabila kita sentiasa mengingati Allah SWT setiap masa, di mana-mana kita berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun kita dapat merasakan Allah bersama kita dan Allah jua yang akan menyelesaikan masalah kita. Kerana segala yang berlaku di dunia adalah di bawah kehendaknya dan kepada Allah kita serahkan segalanya dan yakinlah Allah akan membantu kita.

            Tetapi berbeza pula mereka yang leka dan lalai. Masalah kecil sentiasa dianggap besar, yang remeh dianggap rumit, yang senang dianggap sukar dan sebagainya. Ianya berlaku bila masalah itu bermula dari nafsu kita sendiri, dan cuba untuk menyelesaikan tanpa memohon petunjuk dari Allah SWT. Apa yang akan berlaku ialah masalah akan menjadi lebih besar apabila kita meletakkan Allah SWT jauh daripada kehidupan seharian kita. Yang menjadi keutamaan kita ialah dunia, wanita, wang, harta, pengaruh, kehendak dan nafsu. Inilah membawa kepada pemikiran dan penilaian yang negatif, buruk sangka, penuh emosi dalam penilaian dan sebagainya. Ini yang membuatkan kehidupan kita lebih sempit dan tersepit dalam masalah kita sendiri.

            Saya teringat kata-kata Utz Pahrol dalam bukunya Nota Hati Seorang Lelaki
“ Hidup ini umpama layang-layang kerana layang-layang naik dengan melawan angin “ Sebagai hamba kita perlu sentiasa redha dengan ujian dan takdir yang Allah berikan kepada kita. Kalau kita tidak mampu untuk redha, saya mencadangkan supaya carilah jalan untuk mendapatkan redha itu. Percaya setiap yang berlaku yang telah ditentukan untuk kita adalah kasih sayang Allah kepada kita. Allah menduga hambanya kerana sayangkan hambanya. Mudahan kita dapat merasai kebesaran dan kasih sayang Allah S.W.T  dalam setiap takdir yang ditentukan olehnya. Sekian….. Assalamulaikum….                   



Cantik tak layang-layang nih..haha

Malam Hari aku taip....

Baru pulang menghantar adik pulang ke Shah Alam. Menjadi satu amalan saya selalunya  akan membuka laman social Facebook untuk melihat komen pada dinding Facebook, melihat aktiviti rakan-rakan pada musim cuti ini, bertanya khabar  dan pelbagai lagi. Pelbagai yang boleh diperolehi Facebook ini daripada yang buruk kepada yang cantik, teruk kepada yang baik, sedih kepada yang ceria dan sebagainya. Ketika melihat rakan-rakan di Facebook saya terlihat satu nama yang jarang saya lihat profilnya di Facebook. Namanya Mazniha, beliau merupakan mak cik saudara saya sebelah ayah dan mereka sekeluarga baru sahaja selesaikan menunaikan haji pada tahun ini. Oleh yang demikian, saya lihat sedikit sebanyak gambar-gambar ketika mak cik saya ketika menunaikan haji. Pelbagai gambar yang menarik dan juga boleh dijadikan pendoman. Kebanyakkan gambar-gambar di ambil menunjukkan betapa ramainya manusia yang menunaikan haji  tidaklah membuat rasa kusut atau semak.Sambil melihat gambar-gambar tersebut lahir suatu perasaan kehambaan terhadap Allah S.W.T  sangat terkesan di dalam hati malahan sayu dan semangat melihat gambar-gambar tersebut.

Satu demi satu gambar saya lihat, wajah kegembiran dan kesyukuran suaminya Jim Ilham nampak di wajahnya. Namun ketika melihat gambar tersebut, saya berhenti seketika pada sebuah gambar yang rasa tidak asing bagi semua umat Islam.  Saya melihat agak lama gambar tersebut sehingga saya mengelamun sebentar  sambil tanpa sedari memuji Allah S.W.T di dalam hati. “ Laillahaillah” tiada tuhan selain Allah. Gambar tersebut ialah gambar Kaabah yang dikelilingi oleh jutaan muslim dari pelbagai pelusuk dunia. Terbayang di situ Nabi Muhammad berdiri ketika ingin berdakwah pada kaum Quraisy pada suatu masa dahulu dan bagaimana rasa apabila saya berada di situ sambil mengeliling kaabah dan bersolat berhampiran denganya.. Masyallah…… terasa kecil, terasa hina, terasa berdosa pada Allah S.W.T….



Gambar yang diambil oleh Abg Ham ketika di Mekah