Tuesday, June 14, 2011

Kesilapan... ;-)

Seketika  sedang  saya  duduk  di tepi  padang, saya didatangi oleh seorang pemuda. Wajahnya  seperti sedang memikirkan sesuatu. Namanya Burhan..haha…

Burhan                 : Bro, pening la kepala.. mcm2 nak kena wat…

Unknown             : Byk sgt ke yg ko kena wat.. ceciter skit kat aku..

Burhan                 : Esemen ade 2 xsiap ag.. pastu 1 lg esemen odw.. esemen aku xdehal  sgt wat last2          
                               minute aku xdehal sgt.

Unknown             : Da tuh yg ko risau sgt ni knape…. Esemen je pun….

Burhan                 : Bukan esemen la bro… ni aku kena jadi Pengerusi Biro bla bla bla… byk org lain lg bagus 
                               knape aku jugak… tension la…

Unknown             : Teruk bebenor ko nih.. bwu jd,  lom ko mula menjalankan tugas ag ko da gelabah…

Burhan                 : Bukan pe bro.. risau la… sy ni bukanya bagus pun… takut2 nnt wat silap kena marah, 
                               kena komplen… tu yg xsanggup…

Unknown             : Kalo camtu senang jek.. ko jadi la org yg bagus.. ko bagus la org pilih ko… hahaha…           
                              ( sambil menepuk kuat berkali-kali belakang si Burhan ).

Burhan                 : Sakitlah bro… bgusnya penya kalo asyik wat silap nnt… malulah sy nnt…

Unknown             : Pe nak malunya… sape yg cakap wat salah tu malu???

Burhan                 : orang la… sape lg… bro bg la tips supaya xwat silap… takut la..( sambil tersengih mintak
                               penampar )..hahaha  

Unknown            : hahaha.. byk la ko punya tips… bayarla.. ko ingat free ke..haha… camnela…. Bgtau aku
                               persamaan orang-orang berjaya dan pemimpin yang berjaya????

Burhan                 :  Simple bro… petah bercakap, pakaian segak, berani.. dlm erti kata len byk la bro… erti   
                                kata len sume yg baik la..haha… btol tak bro??? haha

Unknown            :  Btol tp byk sgt pulak kalo sume yg baik… Persamaan ade 3 je…:

                                   1 ) mereka  semua membuat kesilapan
                                   2 ) mereka memperbaiki kesilapan
                                   3 ) mereka tidak mengulangi kesilapan..

                                   Jd ko faham tak???

Burhan                 : owh.. jd sy perlu wat silap la.. then bwu sy leh belajar… mcmmn kalo kita tau yg  
                               kesilapan itu akan berlaku… pasti kita kena elakkan???

Unknown            : Btol… kita boleh elakkan sekiranya kita dpt lihat  tp  Burhan ade 3 perkara yg    
                             menyebabkan masalah dan  kesilapan :

                                1 ) kita tinggal dalam dunia yang kompleks den penuh dengan pilihan.
                                2 ) kita berinteraksi dengan org lain
                                3 ) kita tidak mungkin dapat mengawal setiap situasi yg kita hadapi.

                                Burhan…  kesilapan adalah umpama duri dalam kepimpinan. Ianya bergantung pada   
                                cara kita selesaikan masalah itu sama ada kita sepak duri itu ke tepi, kita ambil dan 
                                 campak atau kita ambil dan masukkan semua duri ke dalam bakul.

                                Jadinya kamu fikir-fikirkanlah…. ;-)


Monday, June 13, 2011

5 Nasihat Nabi...

Sudah lama saya tidak update blog sy... Mood menulis semula sy sedang mencari... sbb da lama xupdate..haha.. kebetulan idea ini dapat dari cuaca yg panas terik sejak kebelakangan ini... dan kebetulan saya bwu tamat membaca sebuah buku lalu dtg sedikit idea untuk menulis....

Segala yang melanda negara kita malahan dunia sekarang ini adalah lakonan semula sejarah dengan latar tempat, masa dan watak yg berbeza. Situasi kebetulan tidak wujud dalam lakonan. Jalan cerita telah disusun oleh pengarah yang hebat. Namun begitu, pelakon pula yang berlakon tidak mengikut skrip dan jalan cerita yang dirancang pasti menyebabkan berlaku perubahan pada jalan cerita.. 

Nabi Muhammad memberi nasihat kepada sekalian sahabat yang berada di situ, “ Wahai sekalian manusia! Jauhi lima perkara sebelum saudara sekalian ditimpa bencana.

Orang-orang yang menipu semasa menimbang barang jualan, pasti Allah menimpakan bencana ke atas mereka bertahun-tahun lamanya. Allah juga mengurangkan hasil tanaman mereka mudah-mudahan mereka kembali ke pangkal jalan.
Benar kata nabi, ramai peniaga berniaga tidak untung-untung. Harga barangan pun naik tahun demi tahun. Sebab ramai sanggup melakukan apa sahaja sama ada haram atau halal untuk memperolehi keuntungan demi kekayaan. Material adalah segala-gala dalam dunia kini.

Orang-orang yang melanggar janji yang mereka sudah persetujui, pasti Allah membiarkan mereka dikuasai oleh musuh mereka.
Benar juga kata nabi, berapa banyak janji yang ditaburkan kepada rakyat oleh ahli politik. Janji untuk memperolehkan kuasa bukan semata-mata kerana Allah swt. 

Orang-orang yang tidak mahu membayar zakat, pasti Allah menyekat air hujan daripada turun. Apabila tidak ada binatang-binatang, maka pasti tidak ada langsung setitik iar hujan yang turun.
Janganlah kita terkejut kalau semakin hari semakin panas. Bukan kerna cuaca tetapi ramainya org sudah tidak membayar zakat. 

Masyarakat yang membiarkan anggotanya melakukan perkara-perkara yang jahat secara terang-terangan, pasti  mereka  dijangkiti penyakit taun.
Macam-macam penyakit baru ditemui. Pelbagai kajian dilakukan untuk mengenalpasti punca penyebaran penyakit. Tetapi kita lupa penyakit itu muncul kerna maksiat semakin berleluasa secara terang-terangan. Lihatlah penyakit yang baru muncul dalam dunia hari ini. Lihat tempat penyakit itu muncul dan kaji bagaimana keadaan masyarakat itu.

Masyarakat yang tidak menggubal undang-undang berpandukan al-quran, maka Allah menjadikan mereka berpecah belah. Sehingga setiap orang ditindas antara satu sama lain.
Sudah jelas lagi bersuluh. Pemerintah tidak meletakkan Al-Quran dalam menguruskan undang-undang negara. Oleh itu, usah terkejut jika semakin banyak jenayah yang melanda negara.

Contohilah pemimpin Islam Umar b Abdul Aziz : Katanya “Sunnah Rasulullah SAW lebih baik daripada dunia dan seisinya. Baginda tidak pernah meletakkan satu pun batu-bata pada mana-mana gedung.”
                
Suatu ketika, salah seorang pegawai menulis surat mengadukan kepadanya, “ Kota kami telah retak,” Maka Umar b Abdul Aziz menjawab, “bentengilah kotamu dengan takwa dan bersihkan jalan-jalanya daripada kezaliman!”.

Akhirulkalam, tegakkanlah syariat Islam nescaya segala kekufuran pasti hilang. Manusia semakin lupa yang mereka adalah hamba. Sama -sama kita bermuhasabah diri kita setiap hari.Insyallah...