Tuesday, May 1, 2012

Hipokrit...


Ramai orang kononnya tidak mahu hipokrit. Ramai kata “ xpela aku begini tp x hipokrit”. Tuan-tuan, sahabat-sahabat sekalian, adakah benar kita ini tidak hipokrit????  Marilah kita cermin diri kita dan bermuhasabah sedalam-dalamnya. Sebenar-benarnya kita setiap hari bersikap hipokrit.

Kita mengatakan bahawa saya adalah umat Islam. Tetapi pernahkah kita mempamerkan akhlak yang seperti yang dituntut oleh Rasulullah SAW. Pernahkah cuba  memahami amalan berlemah lembut yang diajarkan oleh Rasulullah pada kita. Bagaimana pula dengan pakaian kita??? Perilaku kita dan sebagainya???  Apakah jawapan  yang kita ingin berikan kepada Rasulullah jika beliau melihat umatnya berpakaian lengging sebagai contohnya.. apakah jawapan kita pada ketika itu.. sy tidak mahu hipokrit juga kah????

Kita mengatakan kita beriman pada Allah  SWT. Dimana Allah ketika kita bersama kekasih??? Di mana Allah ketika kita bergayut??? Dimana Allah ketika kita bermain??? Dimana Allah ketika kita membeli belah??? Dimana Allah ketika kita melepak???  Apakah ini masih tidak hipokrit????.....

Kita ungkapkan pada semua org dan kita taip di FB bahawa kita sayangkan nabi Muhammad SAW.  Soalnya berapa kali kita berselawat pada baginda…. Apakah kita mengamalkan sunnahnya dlm kehidupan kita atau kita meringankan sunnahnya??? Adakah kita mengajarkan kepada anak-anak kita tentang  nabi kita atau kita sendri tidak ambil tahu tentang latar belakang  nabi kita??? Pernahkah kita terfikir pada yang berlaku pada keturunan nabi kita???

Kita katakana yang kita percayakan Al Quran. Berapa kali kita membacanya sehari???  Adakah kita cuba untuk belajar membaca dengan betul ??? Adakah kita amalkan segala yang terkandung di dalamnya??

Masihkah kita mahu katakan saya jujur tidak mahu hipokrit………

Kita sebenarnya sudahpun biasa  bersikap hipokrit malahan setiap hari. Kita hipokrit pada Allah SWT. Tidak perlukan kita menuding jari pada org lain mengatakan mereka hipokrit. Lihatlah ke dalam diri kita sendiri tuan-tuan dan sahabat-sahabat sekalian. Marilah kita memperbaiki amalan kita, ibadah kita, perilaku kita. Insyallah…..  

Tuesday, April 24, 2012

Mamat dan Tudung...


Aku duk lepak kat kedai ngeteh ngan orang-orang tua kat kampong. Tengah-tengah berbual itu seorang pak cik tua pun bercerita tentang Mamat.  Sapekah mamat ini???..hahahha.. mari kita lihat kisah Mamat.


 Mamat!!!!!!.. maknya panggil, Mamat pun pegi jumpa maknya……

“Nape mak, kemain panggil Mamat nih” jwb Mamat…

“Ni Mat, Cantik tak tudung ni??”  tanya mak Mamat..

“eh.. cantik la mak, mamat tgk pun ske..huhu” balas Mamat

“tpkan Mat mak xseswai la pakai tudung fesyen2 gini.. kalo ko ske ko amik je mat” kata maknya

“eh.. xkan la Mamat  nak pakai tudung ni.. Mamat ni lelaki la mak” jawab Mamat

“Mat amik jek simpan.. nnt kalo ade sape2 Mat minat, Mat  bg la kat die ” balas maknya

“Mat nak bg sape pulak?? mak ni ade-ade  jek la” kata Mamat

“Mat ske tak tudung tu??” tanya maknya

“Suke.. Nape?? “ jwb Mamat

“Benda yang Mat suke, Mat bg pada siapa??” tanya maknya lagi

“pada org yg mat ske la… “ balas Mamat

“Mat bg la pada org yg Mat nak sgt  tgk die pakai tudung ni… Sampai masa nnt ade la orgnye Mat “ pujuk mak Mamat.. 

Akhirnya tudung itu Mamat telah berikan kepada seseorang… kepada seseorang yang sangat istimewa bagi Mamat... pemberian tudung itu menyimpan jawapan kepada byk persoalan... Ketika hendak memberi tudung itu pada si dia.. bukan Mamat nak hendak berikan.. Tetapi ibunya yang cadangkan pada Mamat… lalu Mamat serahkan tudung itu kepada si dia… Namun.......... 

Setelah sekian lama tudung itu diberikan pada si dia…… Mamat terpaksa akur kerna nasib dan jodoh tidak menyebelahi Mamat…

“Mat.. knape ko muram je ni Mat???” tanya maknya Mamat

“Mak tau ade benda ni Mat, citer la kat mak” pujuknya mak Mamat

“Mak igt tudung yg mak mintak Mamat berikan pada dia dlu….” kata Mamat

“Ingat, ok tak die pakai tudung tu” tanya maknya

“da 4 tahun mak, Mamat xpenah nmpk die pakai tudung tu… bukan Mat marah sbb die xpakai mak… cume teringin nak tgk die pakai tudung tu… cume teringin mak….” rintih Mamat

“xpela Mat xde rezeki kamu, halalkan sje la ye Mat” pujuk maknya

“ ni bukan soal tu mak.. tudung tu mak yang  hendak Mat berikan pada die.. Mat juga berikan pada die dengan hati terbuka.. tudung itu mmg utk die…. Cume mat nak tgk die pakai tudung itu…. Barang yang kita ske mesti kita nak tgk die pakai kan mak….” jwb Mamat…

“ala Mat.. udah2 la tu… jgn sedih” pujuk maknya

“Mat hanya nak tgk tudung yg Mak dan Mamat  ske die pakai.. tu jek Mak.. Mat hanya nak tgk die pakai..” balas Mamat

“agak2 mak.. die pakai tak tudung tu??? “ tanya mak dengan nada yg rendah

“entahlah Mat.. mak pun xtahu” balas Maknya…. Dapatkah Mamat melihat tudungnya pemberian itu dipakai???  Mamat masih menanti dan terus menanti………………………………………………