Ya... Kau jaguh !!!!!
Kau Pendekar
Aku Sang Pujangga
Dia Si Penglipur Lara
Haha... Saya Perwira
Yang Gagah Perkasa
Dikau.. Jelitawan Seksi
Digoda Si Kasanova
Beta adalah Raja.. haha
Kau Raja, aku pula Maharaja
Tidak!!!! I am Presiden
No!!! Aku Perdana Menteri
Kau pula... Siapa??
Aku hamba sahaya
Apa yang kau ada???
Tuhan yang Maha Kuasa....
Selamat membaca sajak saya ini... Assalam...
Thursday, June 7, 2012
Monday, May 28, 2012
Orang yang mendapat doa malaikat....
Tuan-tuan dan sahabat sekalian.... untuk memperbaiki tingkahlaku kita untuk sentiasa melakukan kebaikan, kita juga perlulah juga cenderung untuk melakukan perkara yang boleh memberikan manfaat kepada kita. Cube kita lihat pada perbuatan tingkahlaku 11 org yang mendapat doa para malaikat ini. Adakah kita berusaha untuk berada dalam 11 keadaan ini dalam usaha kita hendak memperbaiki diri kita, mengurus tingkah laku kita, mengubat kekecewaan hati, mencari ketenangan, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Salah satu kaedah dan cara untuk menghadapi masalah-masalah dunia ini kita perlu berada dalam keadaan dan suasana yang Allah suka. Dan apabila Allah suka maka Allah akan membantu dan membuka jalan untuk kita.
11 orang yang mendapat doa malaikat ini merupakan amalan yang baik untuk kita ikuti dalam kehidupan seharian.Semua 11tperbuatan ini merupakan amalan mudah yang memberikan kesan besar dalam kehidupan kita apabila kita mengamalkan dengan istiqamah. Mudahan-mudahan kita mendapat petunjuk dari Allah dengan mengamalkannya.
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Subscribe to:
Comments (Atom)