Kejayaan suatu ungkapan yang indah dan sangat berharga bagi semua manusia di seluruh dunia. Pelbagai usaha dan aktiviti yang dilakukan untuk mengecapi ungkapan “ kejayaan ” ini. Malahan ramai manusia yang sanggup berkorban, bertungkus-lumus, bersusah-payah serta ada yang sanggup mengadai nyawa untuk mencapai kejayaan. Namun terdapat juga manusia yang tidak mengejar kejayaan serta terdapat juga mereka yang mengejek mereka yang mengejar kejayaan ini. Persoalanya apakah sebenarnya kejayaan ini?. Kenapa ramai manusia inginkan kejayaan ini?. Bagaimana boleh wujudnya kejayaan ini?. Apakah titik penamat bagi kejayaan? Adakah terdapat kejayaan hakiki?.
Kejayaan boleh dihuraikan dari pelbagai sudut dan aspek. Contohnya seorang ahli sukan melihat kejayaan dengan menjuarai pingat dalam acara yang disertainya dan seorang pelajar sekolah melihat kejayaan dalam keputusan cemerlang peperiksaanya. Apakah kejayaan yang ditafsirkan oleh kedua-dua individu itu adalah suatu kejayaan hakiki dan mutlak bagi mewakili sepanjang kehidupan mereka sendiri. Adakah masyarakat sekeliling menilai bahawa itu adalah kejayaan. Pernahkan anda terfikir di mana kejayaan anda sehingga ke hari ini ???
Kejayaan apakah yang termutlak di dunia ini? Bagi menjawab persoalan ini kita perlu melihat kehidupan kita. Ke mana arah tuju kehidupan dan di mana untuk mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi. Semuanya terletak pada pegangan kita. Apakah pegangan kita? Iaitu agama dan agama kita adalah Islam….. Manusia yang mengejar sesuatu untuk mencapai sesuatu tanpa pegangan ibarat kapal yang punyai nakhoda ada tujuan dan matlamat tetapi dalam kapalnya kosong tiada isi. Kapal tersebut mungkin sampai di pulau yang mereka impikan tetapi tiada apa kebaikan yang mereka dapat dari pulau itu hanya singgah dan berehat serta bergembira. Berbeza mereka yang punyai pegangan. Dalam Islam apabila mereka sampai ke pulau yang dituju mereka bukan sahaja gembira tetapi mereka akan berzikir dan memuji kebesaran Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment