Monday, June 13, 2011

5 Nasihat Nabi...

Sudah lama saya tidak update blog sy... Mood menulis semula sy sedang mencari... sbb da lama xupdate..haha.. kebetulan idea ini dapat dari cuaca yg panas terik sejak kebelakangan ini... dan kebetulan saya bwu tamat membaca sebuah buku lalu dtg sedikit idea untuk menulis....

Segala yang melanda negara kita malahan dunia sekarang ini adalah lakonan semula sejarah dengan latar tempat, masa dan watak yg berbeza. Situasi kebetulan tidak wujud dalam lakonan. Jalan cerita telah disusun oleh pengarah yang hebat. Namun begitu, pelakon pula yang berlakon tidak mengikut skrip dan jalan cerita yang dirancang pasti menyebabkan berlaku perubahan pada jalan cerita.. 

Nabi Muhammad memberi nasihat kepada sekalian sahabat yang berada di situ, “ Wahai sekalian manusia! Jauhi lima perkara sebelum saudara sekalian ditimpa bencana.

Orang-orang yang menipu semasa menimbang barang jualan, pasti Allah menimpakan bencana ke atas mereka bertahun-tahun lamanya. Allah juga mengurangkan hasil tanaman mereka mudah-mudahan mereka kembali ke pangkal jalan.
Benar kata nabi, ramai peniaga berniaga tidak untung-untung. Harga barangan pun naik tahun demi tahun. Sebab ramai sanggup melakukan apa sahaja sama ada haram atau halal untuk memperolehi keuntungan demi kekayaan. Material adalah segala-gala dalam dunia kini.

Orang-orang yang melanggar janji yang mereka sudah persetujui, pasti Allah membiarkan mereka dikuasai oleh musuh mereka.
Benar juga kata nabi, berapa banyak janji yang ditaburkan kepada rakyat oleh ahli politik. Janji untuk memperolehkan kuasa bukan semata-mata kerana Allah swt. 

Orang-orang yang tidak mahu membayar zakat, pasti Allah menyekat air hujan daripada turun. Apabila tidak ada binatang-binatang, maka pasti tidak ada langsung setitik iar hujan yang turun.
Janganlah kita terkejut kalau semakin hari semakin panas. Bukan kerna cuaca tetapi ramainya org sudah tidak membayar zakat. 

Masyarakat yang membiarkan anggotanya melakukan perkara-perkara yang jahat secara terang-terangan, pasti  mereka  dijangkiti penyakit taun.
Macam-macam penyakit baru ditemui. Pelbagai kajian dilakukan untuk mengenalpasti punca penyebaran penyakit. Tetapi kita lupa penyakit itu muncul kerna maksiat semakin berleluasa secara terang-terangan. Lihatlah penyakit yang baru muncul dalam dunia hari ini. Lihat tempat penyakit itu muncul dan kaji bagaimana keadaan masyarakat itu.

Masyarakat yang tidak menggubal undang-undang berpandukan al-quran, maka Allah menjadikan mereka berpecah belah. Sehingga setiap orang ditindas antara satu sama lain.
Sudah jelas lagi bersuluh. Pemerintah tidak meletakkan Al-Quran dalam menguruskan undang-undang negara. Oleh itu, usah terkejut jika semakin banyak jenayah yang melanda negara.

Contohilah pemimpin Islam Umar b Abdul Aziz : Katanya “Sunnah Rasulullah SAW lebih baik daripada dunia dan seisinya. Baginda tidak pernah meletakkan satu pun batu-bata pada mana-mana gedung.”
                
Suatu ketika, salah seorang pegawai menulis surat mengadukan kepadanya, “ Kota kami telah retak,” Maka Umar b Abdul Aziz menjawab, “bentengilah kotamu dengan takwa dan bersihkan jalan-jalanya daripada kezaliman!”.

Akhirulkalam, tegakkanlah syariat Islam nescaya segala kekufuran pasti hilang. Manusia semakin lupa yang mereka adalah hamba. Sama -sama kita bermuhasabah diri kita setiap hari.Insyallah...

No comments:

Post a Comment