Wednesday, March 21, 2012

Konvokesyen Dalam Kenangan......






Setiap antara korang mesti ada pengalaman konvo masing-masing. Konvokesyen merupakan suatu saat di mana kegembiraan untuk berjimba sesame rakan-rakan sepembelajaran setelah penat belajar bertahun-tahun.  Saat yang paling indah bg korang mestilah ketika ambil sekeping kertas yang menyatakan anda layak di anugerahkan bagai-bagai la an…. So lpas dr konvokesyen itu saat yang paling kebanyakkan korg suke mestilah bergambar dengan ahli keluarga, kawan-kawan, kalo ade awek bergambar dengan awek, kenalkan mak ayah pasangannya dan mcm-mcm ag la… pulak tu ade yang dapat bunga, teddy bear… kalo yang dapat dr awek  da tentu senyum sampai koyak telinga an… kalo dpt dr sahabat rasa dihargai bagai.. mcm2 ag la…. Ni pula kisah aku… aku tidak dapat bergambar dengan awek, aku xpat sejambak bunga, aku xpat teddybear dr seorang awek, aku hanya dapat bergambar dengan keluarga aku yang tersayang dan sepucuk surat yang hadirnya selepas aku konvo… Surat ini yang menceriakan aku dr kejelesan, kekecewaan , kehampaan, dan rasa rendahnya diri aku pada satu peristiwa yang berlaku ketika konvo..hahahahha.. Beginilah kisah aku yang telah dipendekkan dan dipermudahkan..hahhaa

Org lain konvo hepi…  aku hepi jugak la tp disebabkan ade beberapa perkara yang menyebabkan pada hari itu ase mcm2 yang serba tidak kena…haha, ibaratnya kata org muke senyum je senyum untuk menafikan di dalam hati..haha, pulak tu ble kita da negative ni  mcm2 la pikiran negativenya dtg.. adoi… tgk org dpt bunga kita jeles… tgk org dpt teddy kita rasa cam lonely pulak… tgk org bergambar dengan awek kita rase cam loser pulak…  last skali ase damnnya aku hari tu… so aku pulanglah dengan tangan yang kosong hanya membawa sijil dan benda2 free sempena konvo… balik pun sorg2 pulak tu… mmg aku ase damn giler….. hahahaha… mmg down tahap gaban tanpa sbb yang releven bg aku la….. so ape jadi esoknya pulak????? Haha..

Pada esoknya aku pulak aku bangun pagi dengan rasa down yang masih ade dan beberapa perkara yang aku kira remeh masih bermain di kepala otak aku… Tiba-tiba… Amjad!!!!!!!!!!!!  Ade surat post laju utk kau ni.. ( mak aku yg pggil).. so aku pulak.. Surat????????????... aku xdelah bli brg on9, kad kawin mustahil-mustahil, surat saman jgn2… surat pe ek???( rasa ingin tahu pun tinggi ) So aku g la amik surat post laju tu… aku bukak lalu aku terkejut…..

Dikepilkan bersama surat itu duit RM50 ingit…. Aku trus berfikir… Sape yang hantar ni????? Lalu aku membaca sampul isi kandungan surat itu….  Aku terkedu kemudian aku ucapkan ALHAMDULILLAH… Allah kau memang maha mengetahui….  Aku terus berkata dlm hati aku  “ di kala Allah menarik sesuatu  dr aku….  ketika aku mengharapkan sesuatu yang mustahil  tetapi  Allah  memberi sesuatu penghargaan yg sgt ikhlas dr seseorang “.. aku tidak dapat sejambak bunga mahupun teddybear  tetapi…  aku dpt sekeping sampul surat yang nilainya jauh lebih dr itu… Penghargaan  ikhlas dr seorg mak cik ketika aku dan sahabat aku knal ketika  praktikal di Penang dahulu… aku ngan kwn aku ni slalu bantu anaknya sepanjang di sana sehingga anaknya bertukar kerja di Shah Alam….  xsangka beliau sanggup menulis sepucuk surat untuk menghargai aku dan  sahabatku sempena konvokesyen dan sekeping RM50 sebagai meringan beban aku di Johor…

Dan pada ketika hati aku rasa gusar tetapi  selepas aku membaca surat itu.. hati aku terpujuk dan rasanya suatu penghargaan yang tidak dijangka…  ya , aku tidak dapat apa yang aku hendak tetapi Allah memberikan kepada aku suatu perhargaan yang lebih aku perlukan untuk aku terus bangkit… Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang… yang maha mendengar setiap apa yang hambanya rintihkan dan pohonkan…. Berdoalah apabila berduka…  Mengadulah kepada yang maha mendengar…  Bersyukur atas  apa yang Allah telah berikan kepada kita… Kepada mak cik yang mengirimkan surat kepada saya…. Terima Kasih Banyak…. Mudahan Allah memurahkan rezeki mak cik… Sekian………………

Ahbab Al-Mustapa- Mawlaya Salli Wa Sallim..




Salah satu antara lagu yang aku slalu dengar bila jiwa resah hati tidak tenang... so selamat mendengar kawan-kawan sume... :-)

Thursday, March 15, 2012

Ubah utk menjadi lebih baik...

Kita sentiasa ingin menjadikan setiap hari yang kita hadapi suatu yang bermanfaat, bermakna, membahgiakan dan sebagainya. Apabila kita melihat status rakan-rakan kita di Facebook, Twitter, Tagged, Blog dan sebagainya kita akan dapat lihat post-post yang menceritakan perkara yang mereka lalui pada hari tu, akan datang dan telah berlalu. Contohnya post yang kita dapat lihat pada tahun baru tahun ini aku  perlu belajar sabar, ya Allah syukurkan aku, aku perlu berubah, aku berazam untuk menjadi lebih baik tahun ini dan pelbagai lagi. Tidak perlu tahun baru, setiap berlaku perkara yang memberikan kesan negatif pada kehidupan akan menyebabkan kita berfikir untuk berubah untuk hari-hari yang mendatang yang lebih atau untuk masa depan yang lebih baik.

Tapi bagaimana untuk membuat perubahan itu????  Sedar atau tidak sedar semua itu akan menjadi umpama hangat-hangat taik ayam kerana ia bermula dan berakhir dengan ungkapan semata-mata tanpa tindakan.Akhirnya kita tidak berubah dan masih mengekalkan tabiat lama.
Oleh itu, untuk berubah kita perlu menguruskan tingkahlaku dan pemikirna kita untuk sama-sama berubah. Dan korang boleh mulakan dengan berfikir dengan

  • ·         Melihat/kenalpasti kelemahan yang perlu diubah
  • ·         Bagaimana hub dgn Allah swt.
  • ·         Apakah potensi diri
  • ·         Bagaimana prestasi kerja saya pada hari ini
  • ·         Kesilapan yang dilakukan dan knp ia berlaku


Seteleh berfikir tuliskan tindakan yang perlu diambil. Pastikan ketika korg berfikir tu jiwa dan hati korang dlm keadaan tenang. Sebaik-baiknya waktu adalah selepas solat subuh, ketika subuh, selepas solat malam dan lain2 waktu mengikut keselesaan korang. Jika korang xtau apakah tindakan yang perlu dibuat. Maka dapatkan seorang kawan atau sesiapa yang korg percaya boleh memberikan nasihat dan cadangan yang baik. Korang bebincanglah ngan die….. harap korg faham k…

Kemudian catatkan tindakan yang telah korg fikirkan. Xperlu ambil byk sampai 20 ke 30 tindakan sehari. Maksimum  10 dan minimumnya 5 sahaja. Pastikan apa yang korg catatkan adalah apa yg korg fikirkan. Jujurlah dengan diri sendiri.
  

Bagaimana pulak nak tulis???  Mudah jek.. korg tulis jek cam kat bawah ni

CONTOH :
  1.      Jumpe pensyarah- berbincang  ttg esemen
  2.       Belanja kawan makan
  3.       Pegi surau
  4.       Bli bahan ABM
  5.       Kalau jumpa si polan- senyum kat die J
  6.       Siapkan esemen- separuh kena siapkan hari ini
  7.        Baca novel- blablablabla-
  8.        Gosok baju
  9.        Belanja 10 ingit jek arini
  10.      Baca quran

Setelah korg catatkan. Cube laksanakan sepanjang hari itu apa yang telah korg catatkan.Pabila malam hari pula cube reflek semula dlm 10 yang korg senaraikan berapa yang korg dapat lakukan. Ketika korg merefleks  10 tindakan tersebut cuba korg fikirkan
  • ·         Knape korg xdpt laksanakan.
  • ·         Lihat perkara luar jangka yang berlaku dan fikirkan samada ia baik atau tidak untuk korg.

Setelah itu kekal tindakan yang korg rasa perlu supaya dapat dijadikan amalan korg, dan tambahkan tindakan yang lain korg rasa perlu. Sekiranya ada tindakan yang telah menjadikan amalan harian korg gantikan dengan tindakan  lain yang pulak.

Harapnya korg faham dan dapat mencuba.Perkara ini bagi pandangan sesetengah org nmpk skema dan leceh. Tapi ini merupakan kaedah orang-orang yang berjaya. Kaedah dinamakan  “Daily Dozen” yang dikemukakan oleh John C. Maxwell dalam buku beliau Make Today Count.  Sedikit perubahan saya wat supaya lebih mudah untuk korg laksanakan dalam aktiviti seharian korg.

Percayalah dlm 10 tindakan itu tidak akan semua yang kita dapat lakukan. Pasti ada yang kita tidak dapat lakukan maka yang paling penting adalah penilaian semula mengapa ia terjadi dan tidak dapat dilakukan. Apabila ia telah menjadi amalan. Yang skema akan nampak teratur dan yang leceh akan menjadi mudah.

"Amalan ini juga merupakan amalan para ulama. Salah seorang yang mengamalkanya ialah Sheikh Al-Akbar Muhyidin Ibnu Arabi. Beliau bukan sahaja mencatatkan perilaku dan perkara yang disebut malah apa yang difikirkan dan perasaan-perasaanya.Menurut beliau juga bertakafur dan bermuhasabah diri adalah cara untuk melindungi diri kita daripada segala kejahatan." 

Wednesday, March 14, 2012

Sahabat :-)..

Korang mesti penah ade kawankan.. mesti kawan korang best... aku ade sorg kawan dan juga sahabat yang best… die ni telah bersama ngan aku selama 10 tahun… die penah ilang sebulan… datang kembali kepada aku.. sentiasa membantu aku bila aku memerlukan…  daripada  aku seorang budak yang jongos dan skrg seorang lelaki sudah berjanggut die tetap bersama aku… bile aku memandang die.. aku umpama melihat zaman silam aku… Alhamdullilah kerna bersama susah senang ngan aku selama ini..

Aku minta maaf jika aku berkasar ngan kau.. aku mohon maaf.. terima kasih kerna menemani aku selama 10 tahun ini… pada penghujung 2011 sudah tiba mase untuk aku dan kau untuk berpisah… aku xleh bawak kau menemani aku lagi… kau sudah penat dan xlarat… Terima kasih xterhingga...  Andai kau bernyawa..  byk citer yang aku ingin kongsikan… aku percaya kalau aku bercerita dengan kau.. kau lebih mendengar dr manusia…  kesetiaan kau disisi aku tiada gantinya.. :-)....


Ni lah sahabat setia aku. Bersama ngan aku sejak dr tingkatan satu smpi aku abis belajar di IPG  dan dapat segulung ijazah. Die hanya sebuah BALDI MERAH...  :-) 

Fikirkan

Berapa minitkah kita luangkan dalam sehari untuk berfikir. Berfikir tentang :

1. Apakah potensi diri saya?
2. Bagaimanakah cara untuk saya memperkembangnya?
3. Bagaimana hubungan saya dengan orang sekeliling?
4. Adakah saya telah melakukan sesuatu yang bermanfaat pada hari ini?
5. Adakah hari ini lebih baik dari semalam?
6. Berapa banyak kesalahan dan dosa yang telah saya lakukan pada hari ini?
7. Bagaimana hubungan saya dengan Allah pada hari ini?
8. Apakah saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai umat Islam pada hari ini?
9.Adakah saya telah menjalankan usaha untuk berubah kepada lebih baik pada hari ini?
10. Adakah bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan pada hari ini?

Kenapa kita perlu berfikir.. kerana utk kita melakukan perubahan dalam diri kita. Ianya perlu dimulakan dengan berfikir. Kerana berfikir akan meransang diri kita supaya bertindak untuk berubah. Orang yang malas berfikir adalah orang yang rugi. dan orang yang rugi akan sentiasa rugi kerana kehidupan dunia ini adalah untuk kita. Dan dunia ini adalah pemberian dan pinjaman Allah swt kepada kita untuk manusia. Apabila saat dunia ini akan diambilkan semula ianya sudah terlambat. 




~Always live life to the fullest..... mmg kehidupan dunia ini pendek... yang pendek ini memadai jika mensyukuri dan memanfaatkanya.... :-) ~

Khayalan

alunan lagu
menyemai rasa sayu
tanpa sedar
mengembalikan kenangan lalu


hati terpukau pada melodi
setiapnya ada erti
bisa merasa setiap melodi
pahit, manis, kelat mahupun tawar


usahlah bermimpi
usahlah berkhayal
usahlah berangan
mendongaklah melihat realiti...


sajak ini tertulis ketika mendengar sebuah lagu... Selamat Membaca.. :-)

Posting: Felda Pasak, Kota Tinggi Johor.. :-)

Sy telah bertugas di tempat yang baru.. walapun xbape jauh dr umah hanya 3 jam perjalanan.. di Felda Pasak Kota Tinggi.... Benarlah apabila kita berdoa.. Allah akan tunaikan... Aku pernah berkata kepada diri aku yang hendak ke tempat yang mempunyai suasana kampung... Alhamdulillah... xsangka Allah berikan aku suasana kampung di tempat yang aku bertugas. Aku berimpian begitu kerna aku tiada kampung. Suasana kampung sesuai bagi mengubat hati yang sudah tawar pada suasana kota yang membingungkan. 

Aku ingat berceritakan pengalaman ini pada seseorang yang istimewa namun apakan daya. Segalanya hanya tinggal angan-angan dan harapan. Walaupun tempat aku bertugas ini aku selesa dan tenang dengan suasana namun pada permulaanya aku gelabah jugak harubiru dibuatnya..hahaha... adoi bayangkan lah... duk umah sorg2 lak tu  pastu  xde ape2 pulak barang... ade pun sofa buruk... tu la tempat tido aku untuk seminggu sebelum aku blik cuti tahun bwu cina amik brg keperluan lain2.... ( tu la baget sgt power dtg bwk baju ngan buku jek..hahahaha )... aku percaya dimana kita berada.. bersangka baik pada Allah dan org sekeliling ngan merendahkan diri Allah akan berikan jalan.. Allah akan permudahkan.. Alhamdulillah....

Aku kenal pak guard sekolah yang xbape nak kacak sgt tp sgt2 membantu aku selepas seminggu aku tinggal di Kuarters Guru Felda Pasak. aku rapat ngan die sbb kat sekolah aku bertugas tu aku ngan die jek yang bujang.. Adoi2... mampos..hahahha, tp umo die da lanjut la.. dlm 30... kate org kalo cikgu bujang posting ke sekolah mmg mcm2 kerja kena wat tahap dewa punya... aku dengan bangga menanam dlm jiwa aku... satu ungkapan motivasi yang sentiasa membangkitkan diri aku bile aku jatuh atau down... " AKU MMG POWER!!!"... setiap kali aku ungkap ble aku nak pujuk hati aku..hahahaha.... alhamdulillah.. Allah kuatkan dan permudahkan byk perkara...

Antaranya ade org sudi pinjamkan Peti Ais utk aku, TV, pastu ade org bg aku meja komputer, meja tulis, mesin basuh ngan mcm2 ag... xsangka rezeki murah... aku bersyukur sangat Allah swt.... Benarlah jika kita bersangka baik dan sentiasa menrendah diri.. pasti ada jalan yang Allah akan tunjukkan... :-)

Aku pulak sudah dilantik sebagai Penghulu Kuarters Guru oleh cikgu2 lama kat situ.. pergh.... aku tau la dlu aku pengerusi Biro Kediaman.. xkan aku kena lagi... adoi2.. xpe2 aku layankan aje lah... mybe ada suatu yang baru aku perlu belajar.... dan perkara pertama yang telah dilaksanakan ialah gotong rotong longkang yang tersumbat...... bapak letih tahap gaban tp seronok beb... wat keje ramai2... walaupun aku paling muda tp aku rase jugak tua mcm diorg sume... damn giler...hahahaha... 

Ketika aku menaip post ini, aku sudah pun sebulan setengah kat Felda Pasak tuh..haha, aku dapat menaip pun sbb aku kat umah... byk nak tulis tp xsangka pulak tempat aku posting ni xde tenet.. kalo pakai broadband pun line hijau.... mmg sampai kapan aku xleh nak on9..haha,  byk lagi perkara yang ingin aku tuliskan di blog ini...ketika cuti ini mudahan aku dapat post dlm 3-4 post.... byk yang disimpan perlu dilepaskan... kdg2 apa yang kita hendak smpikan pabila bercakap xsampai kerna pelbagai halangan yang menyebabkan kita tidak bercakap. 

                                           Ni dia KG FELDA PASAK...haha