1. Apakah potensi diri saya?
2. Bagaimanakah cara untuk saya memperkembangnya?
3. Bagaimana hubungan saya dengan orang sekeliling?
4. Adakah saya telah melakukan sesuatu yang bermanfaat pada hari ini?
5. Adakah hari ini lebih baik dari semalam?
6. Berapa banyak kesalahan dan dosa yang telah saya lakukan pada hari ini?
7. Bagaimana hubungan saya dengan Allah pada hari ini?
8. Apakah saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai umat Islam pada hari ini?
9.Adakah saya telah menjalankan usaha untuk berubah kepada lebih baik pada hari ini?
10. Adakah bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan pada hari ini?
Kenapa kita perlu berfikir.. kerana utk kita melakukan perubahan dalam diri kita. Ianya perlu dimulakan dengan berfikir. Kerana berfikir akan meransang diri kita supaya bertindak untuk berubah. Orang yang malas berfikir adalah orang yang rugi. dan orang yang rugi akan sentiasa rugi kerana kehidupan dunia ini adalah untuk kita. Dan dunia ini adalah pemberian dan pinjaman Allah swt kepada kita untuk manusia. Apabila saat dunia ini akan diambilkan semula ianya sudah terlambat.
![]() |
~Always live life to the fullest..... mmg kehidupan dunia ini pendek... yang pendek ini memadai jika mensyukuri dan memanfaatkanya.... :-) ~
No comments:
Post a Comment