Kita sentiasa ingin menjadikan setiap hari yang kita hadapi suatu yang bermanfaat, bermakna, membahgiakan dan sebagainya. Apabila kita melihat status rakan-rakan kita di Facebook, Twitter, Tagged, Blog dan sebagainya kita akan dapat lihat post-post yang menceritakan perkara yang mereka lalui pada hari tu, akan datang dan telah berlalu. Contohnya post yang kita dapat lihat pada tahun baru tahun ini aku perlu belajar sabar, ya Allah syukurkan aku, aku perlu berubah, aku berazam untuk menjadi lebih baik tahun ini dan pelbagai lagi. Tidak perlu tahun baru, setiap berlaku perkara yang memberikan kesan negatif pada kehidupan akan menyebabkan kita berfikir untuk berubah untuk hari-hari yang mendatang yang lebih atau untuk masa depan yang lebih baik.
Tapi bagaimana untuk membuat perubahan itu???? Sedar atau tidak sedar semua itu akan menjadi umpama hangat-hangat taik ayam kerana ia bermula dan berakhir dengan ungkapan semata-mata tanpa tindakan.Akhirnya kita tidak berubah dan masih mengekalkan tabiat lama.
Oleh itu, untuk berubah kita perlu menguruskan tingkahlaku dan pemikirna kita untuk sama-sama berubah. Dan korang boleh mulakan dengan berfikir dengan
- · Melihat/kenalpasti kelemahan yang perlu diubah
- · Bagaimana hub dgn Allah swt.
- · Apakah potensi diri
- · Bagaimana prestasi kerja saya pada hari ini
- · Kesilapan yang dilakukan dan knp ia berlaku
Seteleh berfikir tuliskan tindakan yang perlu diambil. Pastikan ketika korg berfikir tu jiwa dan hati korang dlm keadaan tenang. Sebaik-baiknya waktu adalah selepas solat subuh, ketika subuh, selepas solat malam dan lain2 waktu mengikut keselesaan korang. Jika korang xtau apakah tindakan yang perlu dibuat. Maka dapatkan seorang kawan atau sesiapa yang korg percaya boleh memberikan nasihat dan cadangan yang baik. Korang bebincanglah ngan die….. harap korg faham k…
Kemudian catatkan tindakan yang telah korg fikirkan. Xperlu ambil byk sampai 20 ke 30 tindakan sehari. Maksimum 10 dan minimumnya 5 sahaja. Pastikan apa yang korg catatkan adalah apa yg korg fikirkan. Jujurlah dengan diri sendiri.
Bagaimana pulak nak tulis??? Mudah jek.. korg tulis jek cam kat bawah ni
CONTOH :
- Jumpe pensyarah- berbincang ttg esemen
- Belanja kawan makan
- Pegi surau
- Bli bahan ABM
- Kalau jumpa si polan- senyum kat die J
- Siapkan esemen- separuh kena siapkan hari ini
- Baca novel- blablablabla-
- Gosok baju
- Belanja 10 ingit jek arini
- Baca quran
Setelah korg catatkan. Cube laksanakan sepanjang hari itu apa yang telah korg catatkan.Pabila malam hari pula cube reflek semula dlm 10 yang korg senaraikan berapa yang korg dapat lakukan. Ketika korg merefleks 10 tindakan tersebut cuba korg fikirkan
- · Knape korg xdpt laksanakan.
- · Lihat perkara luar jangka yang berlaku dan fikirkan samada ia baik atau tidak untuk korg.
Setelah itu kekal tindakan yang korg rasa perlu supaya dapat dijadikan amalan korg, dan tambahkan tindakan yang lain korg rasa perlu. Sekiranya ada tindakan yang telah menjadikan amalan harian korg gantikan dengan tindakan lain yang pulak.
Harapnya korg faham dan dapat mencuba.Perkara ini bagi pandangan sesetengah org nmpk skema dan leceh. Tapi ini merupakan kaedah orang-orang yang berjaya. Kaedah dinamakan “Daily Dozen” yang dikemukakan oleh John C. Maxwell dalam buku beliau Make Today Count. Sedikit perubahan saya wat supaya lebih mudah untuk korg laksanakan dalam aktiviti seharian korg.
Percayalah dlm 10 tindakan itu tidak akan semua yang kita dapat lakukan. Pasti ada yang kita tidak dapat lakukan maka yang paling penting adalah penilaian semula mengapa ia terjadi dan tidak dapat dilakukan. Apabila ia telah menjadi amalan. Yang skema akan nampak teratur dan yang leceh akan menjadi mudah.
"Amalan ini juga merupakan amalan para ulama. Salah seorang yang mengamalkanya ialah Sheikh Al-Akbar Muhyidin Ibnu Arabi. Beliau bukan sahaja mencatatkan perilaku dan perkara yang disebut malah apa yang difikirkan dan perasaan-perasaanya.Menurut beliau juga bertakafur dan bermuhasabah diri adalah cara untuk melindungi diri kita daripada segala kejahatan."
No comments:
Post a Comment