Monday, February 14, 2011

Abd Rahim b Abdullah…

Ketika berpraktikum di Penang saya menemui seorang murid yang agak aktif dan banyak bertanya. Post saya ini menceritakan pengalaman saya ketika bertemu Abd Rahim b Abdullah. Suatu pengajaran bagi saya untuk kita kongsi bersama.

                “Cikgu!! Saya Abdul Rahim b Abdullah..haha, Saya tau nama cikgu sume, Ni Cikgu Pendi, ni Cikgu Zul, yang ni Cikgu Afiq, ni Cikgu Amir, yang tuh Cikgu Zubir” kata Rahim sambil tersengih-sengih. Dalam hati aku “ Budak ni nakal nmpknya, petah bercakap, susah jugak nak ajar budak nih, mesti ni la otai kat sekolah nih..haha “.  Walaubagaimanapun aku seronok melihat gelagat si Rahim ni yang semangat memperkenalkan dirinya kepada kami guru-guru praktikum yang baru sahaja mendaftar pagi tadi. Pertemuan kami dengan Rahim sedikit sebanyak memberikan kami berlima untuk mempersediakan diri untuk mengajar dengan lebih baik.  Pada pandangan kami,murid seperti Rahim mungkin sukar untuk diajar dan kemungkinan juga akan memberikan  masalah di dalam pengajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian, kami berlima beranggapan Rahim seorang murid yang nakal.

                Keesokkan hari saya diberikan tugas untuk mengantikan guru yang tidak hadir untuk kelas 4 C. Jadi saya bergeraklah ke kelas 4 C sambil berfikir siapalah murid-murid kelas 4 C ni. Ok ke tak???. Tiba saja di kelas saya agak terkejut, rupanya 4 C merupakan kelas Rahim. “ Sudah, aku kena layan budak nih.. jgn la die wat hal” terdetik dalam hati saya. Dalam kelas tersebut ada PPM yang menjaga seorang budak buta yang Autisme. Jadi seperti biasa apabila guru masuk murid-murid beri salam. Gelagat Rahim saya lihat untuk menilai tingkahlakunya. Sepanjang memerhatikan Rahim, pandangan saya mula berubah kerana Rahim mempunyai sifat yang berbeza daripada sangkaan kami berlima ketika mula-mula Rahim memperkenalkan diri. Bukan itu sahaja, suatu yang mengejutkan juga apabila saya mengetahui siapa Rahim yang sebenar…..

                Ketika dalam kelas saya meminta murid-murid memperkenalkan diri masing-masing  dan apabila sampai pada Rahim rupanya beliau seorang anak yatim piatu yang bukan kehilangan ibu dan ayah. Tetapi anak yatim piatu kerana ibu bapa yang tidak mengenal anaknya. Oleh sebab itu, Abd Rahim di binkan dengan Abdullah. Saya terdiam seketika ketika mengetahui siapa Rahim. Sungguh kelakar dunia moden yang diagungkan kecanggihanya dan kemajuanya  sedangkan hati dan akal manusia sungguh  kering dan kotor. Anak yang tidak berdosa dibinkan dengan Abdullah sedangkan bapanya masih hidup sambil berjalan di atas bumi Allah tanpa rasa berdosa dan emaknya hanya mengagungkan cinta dunia hingga lupa erti kasih sayang seorang mak pada anak.

 Jadinya pandangan saya terhadap Rahim rupanya silap sama sekali. Padanlah Rahim bersikap begitu, sikapnya itu menggambarkan latar belakangnya yang menyedihkan. Kecewa juga hati saya kerana saya yang bersangka buruk terhadap anak muridnya sebelum mengenalinya terlebih dahulu. Allah maha mengetahui, mengajar umatnya untuk bersangkan baik dengan semua manusia samada baik ataupun jahat. Kerana di sebalik kejahatan dan keburukan manusia itu tersembunyi pengajaran dan kisah yang boleh dijadikan pengajaran kepada manusia itu sendiri.  Walaupun perangai seseorang itu sungguh teruk, Islam tetap mengajar untuk melihat kebaikan yang terdapat dalam diri seseorang manusia itu. Pada pandangan saya, sikap seseorang itu menceritakan kisah dibalik tabir hidupnya kepada manusia sekeliling dan hanya dengan bersangka baik kisah dibalik tabir itu dapat diceritakan. Sekiranya kita hanya sibuk melihat keburukan manusia ingatlah :

Daripada Muawiyah r.a berkata: "Aku mendengar Rasulullah bersabda":
"Jika kamu mencari keburukkan orang, maka kamu telah merosakkannya."

Hadis ini bermaksud memberitahu kita bahawa apabila kita bersangka buruk terhadap orang lain, maka kita dengan tidak semena-mena akan terdorong untuk mencari keburukkan orang tersebut. Maka firman Allah dalam surah al-Hujuurat ayat 12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain."

                Begitulah kemas Islam dalam menjaga hubungan sesama manusia. Tulisan ini merupakan pengajaran untuk diri saya juga. Ubahlah cara penilaian kita semasa manusia, kita terlalu cepat menghukum dan memberikan pandangan yang buruk terhadap manusia lain. Sedangkan apabila kita sentiasa bersikap begitu,  lama kelamaan keaiban kita pula akan terbuka.

Belajarlah bersangka baik dengan semua manusia walaupun dengan orang gila. Ramai manusia bersangka buruk dan fikirkan bukan-bukan pada orang gila tetapi kita lupa bahawa orang yang gila tempatnya di Syurga. Jadi siapakah yang lebih baik antara orang normal dan orang gila di sisi Allah swt”
                                   
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdul Kadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik :

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

No comments:

Post a Comment