Baru pulang menghantar adik pulang ke Shah Alam. Menjadi satu amalan saya selalunya akan membuka laman social Facebook untuk melihat komen pada dinding Facebook, melihat aktiviti rakan-rakan pada musim cuti ini, bertanya khabar dan pelbagai lagi. Pelbagai yang boleh diperolehi Facebook ini daripada yang buruk kepada yang cantik, teruk kepada yang baik, sedih kepada yang ceria dan sebagainya. Ketika melihat rakan-rakan di Facebook saya terlihat satu nama yang jarang saya lihat profilnya di Facebook. Namanya Mazniha, beliau merupakan mak cik saudara saya sebelah ayah dan mereka sekeluarga baru sahaja selesaikan menunaikan haji pada tahun ini. Oleh yang demikian, saya lihat sedikit sebanyak gambar-gambar ketika mak cik saya ketika menunaikan haji. Pelbagai gambar yang menarik dan juga boleh dijadikan pendoman. Kebanyakkan gambar-gambar di ambil menunjukkan betapa ramainya manusia yang menunaikan haji tidaklah membuat rasa kusut atau semak.Sambil melihat gambar-gambar tersebut lahir suatu perasaan kehambaan terhadap Allah S.W.T sangat terkesan di dalam hati malahan sayu dan semangat melihat gambar-gambar tersebut.
Satu demi satu gambar saya lihat, wajah kegembiran dan kesyukuran suaminya Jim Ilham nampak di wajahnya. Namun ketika melihat gambar tersebut, saya berhenti seketika pada sebuah gambar yang rasa tidak asing bagi semua umat Islam. Saya melihat agak lama gambar tersebut sehingga saya mengelamun sebentar sambil tanpa sedari memuji Allah S.W.T di dalam hati. “ Laillahaillah” tiada tuhan selain Allah. Gambar tersebut ialah gambar Kaabah yang dikelilingi oleh jutaan muslim dari pelbagai pelusuk dunia. Terbayang di situ Nabi Muhammad berdiri ketika ingin berdakwah pada kaum Quraisy pada suatu masa dahulu dan bagaimana rasa apabila saya berada di situ sambil mengeliling kaabah dan bersolat berhampiran denganya.. Masyallah…… terasa kecil, terasa hina, terasa berdosa pada Allah S.W.T….
Gambar yang diambil oleh Abg Ham ketika di Mekah

No comments:
Post a Comment