Thursday, February 3, 2011

KoD EtIkA PaKaIaN...

       Pada 3 minggu lalu, di dalam sebuah mesyuarat dengan JHEP salah seorang daripada exco telah membangkitkan satu isu mengenai pemakaian tudung di institusi saya. Jadinya pelbagai cadangan telah diberikan oleh ecxo dan pensyarah supaya pemakaian tudung dapat dikuatkuasakan. Namun terdapat juga halangan-halangan tertentu yang menyebabkan pemakaian tudung ini tidak boleh diwajibkan di dalam etika pemakaian di institusi. Panjang lebar juga perbincangan di antara exco dan pensyarah mengenai isu ini. Sedang perbincangan tersebut berjalan, salah seorang pensyarah telah memberikan pandangan beliau. Pandangannya beliau yang pada saya menunjukan betapa remehnya agama ini di mata beliau. Kebanyakkan exco tidak bersetuju dengan pandangan beliau dan ada yang membantah. Post kali ini saya tulis untuk memberikan pandangan saya.

            Kenapa Allah swt perintahkan  untuk menutup aurat??? Pastinya ada sebab dan tujuan Allah SWT kaum wanita mahupun lelaki wajib untuk menutup aurat. Kita perlu fahami apakan tujuan dan sebab tersebut sebelum memberikan pandangan melalui logik akal dan pemerhatian kita semata-mata. Walaupun realiti yang berlaku wanita yang menutup aurat kadang-kadang mempunyai sifat dan sikap yang tidak manis. Kadang-kadang yang tidak menutup aurat perangai lebih manis daripda yang menutup. Perbandingan seperti bagi pandangan saya adalah pandangan yang tidak boleh diguna pakai sama sekali untuk membahaskan soal aurat. Mereka yang memberikan pandangan seolah-olah memandang rendah perintah Allah SWT. Adakah Allah swt perintahkan untuk menutup aurat bagi menunjukkan umatnya itu baik??? Baiklah mari kita lihat pada surah Al-Ahzab ayat 59 :
            
          Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya; Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
 Surah al-Nur ayat 31 :
            Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka.


   
            Berdasarkan kedua-dua ayat di atas tiada satu pun yang mengatakan bahawa wanita yang menutup aurat adalah wanita yang baik. Walaupun pada ayat Al-Nur “wahai perempuan-perempuan beriman” ayat tersebut bukan merujuk kepada sifat baik kerana baik dan beriman adalah dua perkara yang berbeza. Pada surah Al-Ahzab pula menerangkan sebabnya menutup aurat pada ayat “Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali” dan “mereka tidak akan diganggu”.


1.    Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali

Ayat ini bermaksud dengan menutup aurat adalah muda untuk kita ketahui individu tersebut Islam ataupun tidak. Untuk lebih mudah difahami inilah kod etika pemakaian bagi umat Islam. Menutup aurat adalah etika pemakaian umat Islam.

2.    mereka tidak akan diganggu

Ayat ini pula bermaksud untuk melindungi kaum wanita. Dengan menutup aurat keselamatan wanita akan lebih terjamin. Menutup aurat dapat menundukkan pandangan-pandangan lelaki dan secara tidak langsung menutup juga menjelaskan ketegasan seseorang dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan.


Walaubagaimanapun saya akui, untuk melakukan perubahan adalah memerlukan masa. Manusia tidak boleh berubah secara tiba-tiba dan drastik, oleh sebab itu dalam Islam digalakkan untuk menegur dan menasihati secara berhikmah. Pada saya jika kita masih tidak mampu atau belum bersedia untuk berubah sekurang-kurang elakkan memberikan pandangan yang tidak manis untuk diperdengarkan. Apabila kita mempertikaikan isu seperti ini seolah-olah kita mempertikaikan dan memandang rendah perintah Allah SWT.

Seorang pencipta yang mencipta robot lebih tahu masalah yang akan berlaku terhadap robot tersebut dan si pencipta lebih tahu membaiki robot tersebut berbanding robot tersebut membaiki dirinya sendiri. Begitulah jugalah manusia dan Allah SWT. Allah SWT lebih mengetahui daripada hambanya.

Bagaimana pula yang tidak menutup aurat hendak menutup aurat??? Untuk berubah ia memakan masa. Namun begitu, usaha untuk menutup aurat mestilah dilakukan. Kerana menutup aurat adalah wajib dan sangat dituntut dalam Islam. Untuk memperbaiki diri supaya menutup aurat saya mencadangkan supaya bermula dengan solat. Ada sebuah kisah :

Satu ketika diriwayatkan bahawa Abu Hurairah bertanya kepada Nabi Muhammad saw tentang orang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Abu Hurairah bertanya bagaimana dengan keadaan sedemikian? Rasulullah menegaskan, solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri.

          Usaha untuk berubah ke arah kebaikan mestilah dilakukan. Apabila usaha itu dilakukan secara istiqamah, insyaallah petunjuk dan hidayah Allah SWT pasti akan tiba. Sampai sini sahaja tulisan saya, sambil menulis sambil saya perbaiki diri saya. Sekian….

            

No comments:

Post a Comment