Tuesday, February 1, 2011

ISLAM perlu dizahirkan....

Post saya kali nih saya menaip kerana saya terfikir ketika berjalan di pusat membeli belah dan berbual dengan rakan-rakan saya. Tiba sahaja di bilik saya terus taip cincai-cincai jek..haha, jadi daripada cincai-cincai tuh saya edit skit bg elok2 mudahan sedap la nak membaca kan..haha... tulisan saya ini hanyalah biasa-biasa untuk dikongsi... sekira ade sebarang komen silakanlah... saya masih belajar dan saya ingin belajar.... 




 “Apakah itu Islam”.  Saya masih ingat soalan ini ketika saya di sekolah, pada ketika itu seorang senior bertanya kepada semua ahli asrama di surau. Kemudian senior tersebut menjawab Islam Ialah satu cara hidup. Soalan dan jawapan tersebut saya ingat sehingga kini dan ketika semakin meningkat dewasa soalan dan jawapan tersebut bermain semula di minda sambil berkonfrantasi dengan realiti masa kini. Berlakunya konflik di minda saya apabila saya melihat sejauh manakah satu cara hidup itu dapat menunjukkan individu itu umat ISLAM. Kerana realiti melalui pemerhatian mata kasar saya yang serba lemah ini menunjukkan ISLAM sebagai satu cara hidup itu tiada dalam masyarakat Melayu  yang mengatakan diri mereka  ISLAM.

Untuk kita fahami ISLAM ialah satu cara hidup marilah kita dengar satu kisah Nabi Muhammad  saw ketika dikelilingi oleh para sahabat, Nabi Muhammad saw telah didatangi dengan oleh seorang lelaki yang sungguh baik keadaanya, berpakaian kemas, tetapi tidak dikenali. Lelaki itu sebenarnya adalah Malaikat Jibrail as dalam penampilanya sebagai seorang manusia. Lelaki itu bertanya kepada Rasulullah saw di tengah persaksian para sahabat, apakah makna ISLAM, IMAN, dan IHSAN. Maka Nabi Muhammad menjawab erti ISLAM ialah menjalankan rukun yang lima iaitu perakuan kalimah syahadat, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa dalam bulan Ramdhan dan mengerjakan haji. Berdasarkan jawapan Nabi Muhammad saw  dan klausa “ ISLAM satu cara hidup” , apakah persamaan dan perkaitannya????

Mari kita lihat pada klausa “satu cara hidup” ialah perbuatan yang diamalkan secara berterusan dan dilakukan melalui perbuatan ataupun tutur kata. Itulah definisinya secara kasar kemudian mari kita lihat pada jawapan daripada Nabi Muhammad saw. Kelima-lima rukun ISLAM tersebut merangkumi perbuatan dan pertuturan untuk umat ISLAM mengamalkanya. Apabila kita mengamalkan rukun Islam tersebut secara tidak langsung akan lahirlah satu cara hidup umat ISLAM. Lebih mudah lagi saya boleh kata bahawa ISLAM adalah agama yang praktikal. Kita perlu mempelajari untuk mendapatkan ilmu, dengan ilmu pula kita menlaksanakannya untuk mendapat manfaatnya, kemudian amalkan secara istiqamah supaya menjadi satu cara hidup kita.  Namun begitu, realitinya mengapakah ISLAM itu tidak pada umatnya. Dan apakah rasanya kita sebagai muslim yang tidak berperilaku sebagai Islam.

Masyarakat ISLAM menjadi begini kerana umatnya sendiri memandang remeh agama ISLAM itu sendiri. Namun begitu, dengan kuasa ALLAH swt kadang-kadang kita boleh menemui sifat-sifat ISLAM di dalam orang bukan ISLAM. Menjadi malu kadang-kadang apabila seorang manusia yang bukan ISLAM sangat menghormati agama ISLAM dan percaya agama ISLAM itu boleh menyelesaikan masalah dunia ini. Betullah kata Dr Zakir Nair “ the west coming to ISLAM because ISLAM has a solution to the problem of the west”. Percayalah pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara pasti akan menemui ilmuan-ilmuan barat yang sangat menghormati ajaran ISLAM dan mereka cuba memahami falsafah ISLAM.

Kepada yang terbaca tulisan saya yang tidak seberapa ini, marilah kita cermin wajah kita adakah kita telah menzahirkan ISLAM itu di dalam kehidupan seharian kita.  Kerana Nabi Muhammad SAW sebelum mengajar para sahabat tentang solat, wudhuk, urusan perang dan sebagainya. Nabi Muhammad SAW terlebih dahulu menampilkan sifat-sifat terpuji di dalam batin para sahabat.  Sebelum saya berhenti menaip mari kita renungkan kata-kata ini di mana saya terbaca di dalam sebuah buku dan kata-kata ini diulangi pula dalam sebuah kuliah oleh seorang ustaz.

Seorang muallaf bersyukur kepada Allah swt berkata “ Saya bersyukur kerana Allah swt menemukan saya dengan ISLAM terlebih dahulu sebelum bertemu orang ISLAM. Nescaya kalau saya bertemu orang ISLAM dahulu tentunya saya tidak memeluk ISLAM ”.
Renungkanlah kenapa kita umat ISLAM perlu menzahirkan ISLAM itu dalam perilaku, tutur kata, pemikiran dan sebagainya….




No comments:

Post a Comment